Tangisan dan air mata selalu sinonim dan seirama. Agak lucu jika menangis tanpa air mata, tangisan dan air mata ibarat sebuah sebab akibat.
mengapa no love no cry?
Cinta selalu sinonim dengan kelembutan hati setiap manusia, takkan pernah dapat menangis seorang manusia yang hatinya sentiasa diliputi dengan amarah, benci, dendam. kelembutan hati akan membawa pada sebuah suasana hati yang penuh empati, mudah tersentuh.
Maka tanyalah pada orang-orang yang sedang mencinta, mengapa mereka begitu mudah menitiskan air mata? Menitikkan air mata untuk sesuatu yang mereka cintai, kerana sedang disakiti oleh yang mereka cintai, atau sekadar bentuk pengharapan yang ditujukan kepada yang mereka cintai. Tidak lain dan tidak bukan adalah ketika telah mencintai, akan ada pautan dan jambatan hati, kepada sesuatu tersebut, sehingga pada suatu tahap telah menjadikan sesuatu tersebut tempat bergantung. Semua bermodalkan cinta.
Menangis, boleh jadi menjadi jalan terakhir yang ditempuh, ketika badai kepahitan dan kesusahan yang teramat sedang melanda. Jika tak ada “tempat” untuk menuangkan beban yang menyesakkan dada, menangis dapat jadi alternatif. Menangislah, jika harus menangis. Jika dengan menangis akan terbuang semua beban yang menerpa hati dan perasaan. Menangislah jika dengan menangis kamu akan bahagia. Menangislah jika dengan menangis akan mampu menikmati betapa manisnya hidup manusia menempuh cubaan dan ujian Allah.
Menangislah.. Dan sila renungi untuk siapa tangisanmu? Adakah untuk seorang manusia yang takkan pernah kekal abadi rasa cintanya, untuk manusia yang selalu membuatkan hati kecewa. Dan renungilah untuk siapa bentuk segala cinta dan tangisanmu?
Jika jawapanmu cinta dan tangisanmu untuk Zat yang kekal abadi yang sentiasa mencurahkan Rahmat dan kasih sayangNya pada manusia, maka amat beruntunglah kamu. Jika tangisan untuk dosa yang telah dilakukan, semoga di ampuni dan Jika tangisan takut akan api neraka, amat beruntunglah kamu.
“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotor oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyah ada 10 Jenis Tangis iaitu :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
Wednesday, 31 August 2011
Tuesday, 30 August 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
selamat hari raya aidilfitri Maaf Zahir dan Batin di ucapkan kepada keluarga dan rakan2 sahabat semuanya,,, saya disini ingin meminta maaf sekiranya kalian ada yang kuarang enak dengan sifat, kelakuan yang saya tidak sengaja lakukan kepanda anda semua,,, atau mungkin ada bahasa yang kurang menyenangkan membuatkan anda semua tersinggung tanpa saya sengaja makan dengan dengan itu saya ingin meminta maaf dah lkahir dan batin,,, jika ada saya membuat kesalahan maafkan yaaa,,, saya kan cuman manusia biasa jugak huhuhuu,, banyak perkara yang perlu di perlajari lagiii,,, anyhow,, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin,,, again :D
Sedikit Terlewat Menghargaimu
Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur..
Hati yang sentiasa mengingati mati..
Yang mencintai Allah dan rasul dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu..
Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah..
Sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggaan.. kalimah Allah..
Gadis Ku... Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan..
Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda,
Maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida
Dan yang paling melembutkan hati...
Tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati.
Bila bertembung dengan jejaka yang bukan muhrimmu, Kau tunduk memandang bumi...
Mengingatkan ku tentang firman allah swt:
"Wahai wanita–wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar.. Sesungguhnya Allah amat
pengasih lagi maha penyayang ,"
Juga meningatkan aku kepada Amirul
Mukminin di zaman Rasulullah saw..
Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang..
Gadis solehah...
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap...
dibalut dan disimpan ditempat yang selamat.
Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.
Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang,
Kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat...
bibirmu berzikir mentilawah Al-quran, tahajjud , witir dan amalan-amalan istiqamahmu.
Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu
dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.
Gadis solehah...
Sebelum mengakhiri coretanku ...
kutitipkan firman Allah swt buatmu...
"Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula
untuk perempuan yang jahat."
Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu...
Kau idaman lelaki beriman..
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah...
dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia...

Monday, 29 August 2011
Indahnya Mendapat Hidayah
Setiap kita punya cerita sendiri. Ada yang dicanang-canang di kedai kopi. Ada yang tersimpan rapi. Walau apa pun cerita kita, kita tetap sama, punya rasa yang serupa.
Aku begini, kau begitu. Cara sahaja yang berbeza dan malam ini, tiada beza seperti malam-malam yang telah berlalu. Saya masih di sini, di rumah. Jasad di sini. Jiwa melayang entah ke mana. Akan tetapi bukan itu isunya yang utama.
Kepulangan kali ini nyata berbeza dengan yang sebelumnya. Bukankah hidup perlukan perubahan? Dan perubahan itu sepatutnya menjadi sesuatu yang lebih baik. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga orang-orang di sekeliling. Ironi sekali perubahan itu tidak berlaku di sana, di United Kingdom.
Sebaliknya di sini, di Malaysia. Akan tetapi segala persediaan dan proses menyiapkan diri berlaku di sana. Cuma di sini yang terdetik hati setelah dibulatkan tekad. Hidayah Allah itu sangat indah bukan?
Apa yang kita perlu buat hanyalah usaha. Sama ada mahu atau tidak dan sejujurnya, perubahan yang berlaku mengambil masa tidak sampai dua minggu. Bermula dengan berjinak-jinak dengan skirt labuh dan seterusnya blaus yang longgar, akhirnya membawa kepada jubah yang labuh dan sangat longgar.
Samalah juga dengan hijab yang bermula dari selendang, kepada tudung bawal dan Alhamdulillah, sekarang tudung bidang 60'. Saya ada terfikir untuk berpurdah akan tetapi hasrat itu masih tersimpan kemas di sudut hati. Dan segala proses ini berlaku di sini, sepanjang cuti musim panas.
Secara jujur, segala tindakan diambil tanpa berfikir panjang. Segalanya terasa sangat mudah dan dipermudahkan. Dan saya sentiasa berdoa moga kali ini saya akan istiqamah dan moga setiap apa yang saya lakukan Allah redha.
Apa tidak ada yang menyoalkah? Tipulah andai tidak ada mulut-mulut yang ringan dan rajin bertanya. Semuanya saya jawab dengan senyuman. Tidak kurang juga ada yang menyindir. Tetapi apabila diingat kembali perubahan ini kerana-Nya bukan kerana insan, hati saya tenang kembali.
Bukan penghargaan dan sanjungan dari insan yang saya cari akan tetapi saya hanya mahu menjadi hamba-Nya yang benar-benar mahu mengabdikan diri pada-Nya.
Di rumah terkadang ummi dan ayah bertanya. Sekembalinya saya kali ini bukan sekadar ingin goyang kaki di rumah. Selalu sahaja tidak berada di rumah rentetan tuntutan kerja. Ya, bekerja untuk Allah, dengan Allah dan kepada Allah.
Selalu adik merungut katanya kakaknya ini sibuk mengalahkan usahawan. Usrah sana, usrah sini. Program sana, program sini. Bukan saya tidak sedar, kadang-kadang ummi dan ayah turut berkata perihal yang sama cuma saya pekakkan telinga.
Bukan apa, mungkin ini adalah satu kejutan buat mereka (pihak keluarga). Anak yang tidak pernah didedahkan dengan usrah dan program seumpamanya kini bergiat aktif mengikuti usrah. Dan mungkin 'penghijrahan' saya turut mengejutkan mereka.
Pengharapan itu tetap ada, agar kedua ibu bapa redha dengan setiap apa yang saya lakukan dan mungkin memahami realiti yang sedang terjadi. Bukankah redha Allah juga terletak pada redha kedua ibu bapa? Dan kini sudah menjadi tanggungjawab saya terhadap keluarga.
Dakwah kepada keluarga, maksud saya. Mungkin ada mulut yang menyoal, "Apa baru setahun jagung berjinak-jinak dengan jalan ini sudah ada angan-angan mahu menjadi dai'e?"
Bukankah dakwah ini tanggungjawab
bersama dan satu proses yang berterusan? Tidakkah kita mahu masuk Syurga bersama-sama orang yang kita sayangi? Saya minta supaya Allah kuatkan hati saya dan melembutkan hati kedua ibu bapa yang amat saya kasihi.
Melihat dari suatu sudut, mungkin inilah proses tarbiyah yang harus saya lalui. Perjalanan saya masih panjang. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan tempuhi. Semakin banyak yang saya pelajari, semakin banyak benda yang saya tidak tahu.
Sahabat saya berkata ini adalah satu petanda yang baik kerana itu tandanya saya sedang belajar. Dan ya, saya hanya seorang pencari Tuhan.
Agama itu sudah lengkap dan sempurna. Hanya saya yang masih dalam perjalanan. Di lebuh raya mengenal agama dan buat para sahabat pencari Tuhan, jangan bersedih (la tahzan).
Sesungguhnya Allah bersama kita (innallaha ma'ana). Kerana anda tidak sendiri. Anda masih ada Allah dan Rasul-Nya. Anda juga ada saya. Yang dicari bukanlah penghargaan dari insan, cuma redha dari Tuhan.
- Artikel iluvislam.com

Tuhan Kami SATU
Iman kami pada Allah
Bila kami sebut dengan angka :
Tuhan kami Satu
Rasul kami Satu
Tuhanlah yang menunjukkan kami
Hak dan kebenaran :
Tuhan kami Ahad
Rasul kami Ahmad
Kami para pejuang
Tabah di jalan Tuhan
Kami benci kezaliman
Perang kami melawan kekufuran
Berlanjut dan semakin hebat
Tuhan kami Ahad
Rasul kami Ahmad
Wahai Pemilik Langit
Kami jatuh dalam kanca...
[By Syauqah Wardah · Tuesday, July 12, 2011]

Subscribe to:
Posts (Atom)