Friday, 10 June 2011

Found The Recipe '' ViCo CaKe"

Bahan-bahan ( Loyang 11" x 11" )
- 300 gm biskut marie perisa asli ( dibelah 4 )
- 300 gm biskut marie perisa kopi ( dibelah 4 )
- 5 biji telor
- 1 cawan gula caster ( 150 gm )
- 1 cawan nestum keluarga ( 100 gm )
- 1 cawan serbuk milo ( 100 gm )
- 1 cawam serbuk koko ( 100 gm )
- 1/2 cawan susu pekat manis ( 4 sudu besar )
- 1 cawan air ( 150 ml = 200 gm )
- 1 buku butter ( 250 gm )
- 1 sudu teh esen vanila


Cara-cara
1.Pukul butter + gula caster + susu pekat manis hingga sebati.
2.Masukkan telor sebiji-sebiji sambil di pukul sehingga sebati.
3.Masukkan pula milo, koko, nestum dan air. Kacau sehingga sebati.
4.Setelah itu masukkan adunan kedalam kuali. Hidupkan api, kepanasan sederhana.
5.Adunan mula menjadi cair apabila kuali dah panas. Sentiasa mengacau pelahan-lahan sehingga nampak seperti mahu mendidih.
6.Cepat2 masukkan semua biskut dan gaul sehingga rata. Tutup api.
7.Alas acuan dengan plastik supaya senang waktu nak memotong kek tersebut. Tuang adunan.
8.Ratakan adunan dengan senduk.
9.Tutup permukaan kek dengan plastik kemudian tekan-tekan supaya kek tadi menjadi padat.
10.Dah siap, simpan dalam peti sejuk..

Kalau Cinta

Seriously i really love the song